1. Mempromosi Album dan lagu2 Rozita Rohaizad kepada radio online [internet]
2. Temu bual Rozita Rohaizad dan Seniwati Hjh.Mariani Ismail
3. Sessi Photography dan Video clips raya dan puasa
![]() |
| 20/03/2011 |
Sejak dua menjak ni ibu kerap ke malaysia, lebih2 lagi tgh usahakan sesuatu buat sorang teman/artis yang tak asing lagi bagi kita ia itu Rozita Rohaizad iaitu anak kepada Seniwati Hjh.Mariani Ismail dan beliau juga anak sdr kepada biduanita negara Saloma Ismail [isteri kepada P Ramlee] setelah sekian lama menyepi diri dalam dunia hiburan, kini beliau kembali dgn album baru yang cukup mantap yang berjudul KEKAL ABADI dan juga single lagu hari raya berjudul Raikan lebaran. Jutaan terima kasih kepada rozy yang sudi terima saya tinggal buat beberapa hari di rumahnya, jasa mu ku kenang sampai bila2, dan juga terima kasih kepada beliau walaupun beliau agak sibuk dgn urusan akan ke tanah suci melakukan umrah, namun sempat beliau bawa ibu jln2 di merata kl dan sempat pergi ke event radio klasik national malaysia, best sgt bila dapat jumpa artis2 lama dan dj2 radio.. kenangan ni mahal tu :) terima kasih sekali lagi buat rozy.
Kembali kepada cerita saya ke KL tu, tugasan utama saya ia lah pada masa yang sama, sempat menemuramah Rozita Rohaizad serta ibunya Seniwati Hjh Mariani, suka dgn cara mereka yang tenang dan profesional, alhamdulillah semuanya berjln dgn baik, dan sekarang hanya menanti untuk upload gbr dan video rakaman interview bersama mereka berdua... sabar menanti yer byk nak kena edit tu tapi yang pasti bila dah siap nanti mesti berbaloi kan.. tak gitu? apa pun pada ibu hanya ini saja dapat ibu lakukan buat Rozita dan ibunya Hjh Mariani di samping mempromosi kan album rozita ibu juga berharap dgn adanya rakaman interview tu nanti akan menimbulkan kesedaran kepada kita semua, betapa kita ni beruntung mempunya bakat2 seperti mereka, malah ibu pasti masih ramai di luar sana tu seperti mereka.. pada mereka yang aktif memajukan dunia perfileman dan nyanyian.. teruskan usaha anda, dan tahniah dari saya sekali lagi juga ucapan terima kasih buat kedua ibu dan anak ini yang telah memberikan kerja sama kepada saya sewaktu saya di malaysia baru2 ni.. terima kasih rozy dan terima kasih kepada mummy, love you both.
Walaupun sakit namun ibu redah jugak KL demi rozy dan mummy.. :)
* jom sokong warisan saloma click add di Fb WarisanSaloma sebelah kiri tu, sebagai tanda anda menyokong, terima kasih.

No comments:
Post a Comment